BNI Ikon adalah platform untuk memperkenalkan bisnes anda kepada rakan usahawan yang lain sebagai pemegang kunci kepada rangkaian bisnes yang lebih besar. BOD memberi peluang untuk anda merasai sebahagian dari kelebihan berbisnes secara berjemaah bersama para usahawan hebat di Lembah Klang, Malaysia.
Di BNI IKON Business Open Day (BOD) kali ini, anda berpeluang untuk berkenalan dengan lebih 50 ahli BNI serta pelawat yang lain yang mempunyai perniagaan dari pelbagai bidang. Platform ini membantu anda melebarkan jaringan perniagaan anda melalui sistem rujukan bisnes berstruktur yang terbukti berkesan di seluruh dunia.
Anda berpeluang memperkenalkan perniagaan anda dan mendalami serta berkolaborasi dengan pelbagai bisnes sesama pelawat dan ahli-ahli BNI Ikon yang positif.